Friday, 4 November 2016

~1.24 a.m, saturday in november..

Acap kali aku termenung melihat telatah manusia yang pelbagai ragam. Lucu.  *geleng kepala
Pabila kita hidup dalam kelompok manusia yang ramai, tipu jika tidak wujud persilisihan faham antara mereka. Apabila ada yang terasa hati maka, mula lah bermasam muka, saling tidak tegur-menegur dan segelintirnya meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada orang lain atau media sosial. Ini lah norma kehidupan. Kita tidak sentiasa disukai dan disenangi oleh semua pihak. Sekuat mana pun kita mencuba untuk menjaga tutur kata dan tingkah laku dalam perhubungan, pasti...PASTI! akan ada hati-hati yang tidak senang dengan perbuatan kita. Persoalannya, bagaimana kita perlu "respond" terhadap "HATERS" ini?

Saya petik kata-kata ini dari imam shafie, salah seorang pengasas daripada empat pengasas mazhab.
Apa yang beliau katakan:

 It doesn't befit the lion to answer the dogs.
My silence towards the idiots is indeed an answer.
_imam Al-shafie_

Based on what Imam Al-shafie said, actually "haters" won't affect us much. But it depend on how we react to them. Sebahagian daripada kita mudah sekali terkesan dengan perbuatan mereka. Mudah untuk rasa terhina, rasa tidak dihormati, rasa tercabar dan sama waktu dengan nya. Lalu apa yang terjadi? kedua-dua nya akan mula mencari 'pengikut' untuk menyokong bagi pihak masing-masing yang mana secara tidak lansung mewujudkan jurang antara dua puak yang berbalah. apabila dua puak ini bersemuka, bermula sesi 'perdebatan'. masing-masing mahu memenangkan puak sendiri. akhirnya, walaupun 'perdebatan' tamat..kesan nya tetap akan terasa..kerana luka sememangnya bisa sembuh..tapi parutnya tidak akan pernah hilang. Benar bukan?

Jadi, apa sebenarnya yang harus kita lakukan apabila berhadapan dengan "HATERS"...
merujuk kepada mutiara kata Imam Al-Shafie, BERDIAM LAH..BERDIAM LAH..BERDIAM LAH..

"takkan nak diam je? tak boleh jadi. kalau kita diam, nanti mesti dia naik kepala lagi!"

wahai saudara-saudara yang saya kasihi sekalian.(*senyum)
ingin saya bawa anda ke zaman 1400 tahun dahulu. pada zaman di mana Nabi kesayangan kita, Muhammad s.aw masih hidup. Sepanjang hidup baginda, acap kali baginda dihina, dicaci, digelar dengan panggilan yang buruk dan banyak lagi. nak dijadikan cerita, pada ketika itu ada seorang wanita yang mengarang puisi tentang Nabi Muhammad s.a.w. Puisi itu sudah tentu bukan lah puisi yang baik malahan sebagai medan untuk menghina dan mengejek Nabi Muhammd s.a.w. Wanita itu juga menggelar baginda dengan panggilan "muzammam"(yang keji) yang bertentangan maksud dengan "muhammad"(yang terpuji). Lalu berpusu-pusu lah sahabat dan pengikut baginda bertemu Nabi Muhammad s.a.w

"wahai Muhammad, kenapa kamu diam? give some respond! She is mocking you around!"
(of course they wouldn't say this phrase exactly.)

lalu apa yang baginda balas memaksudkan bahawa wanita itu sedang mengatakan tentang seseorang yang lain bernama "muzammam" bukan baginda kerana nama baginda "MUHAMMAD". In other words,wanita itu bukan lah berpuisi memburukkan baginda tetapi puisi itu ditujukan kepada si dia bernama "muzammam". Jadi buat apa baginda perlu respond terhadap wanita itu..

Sekarang saya berikan satu situasi. 
- anda seorang ketua bagi sesuatu program. anda telah membahagikan tugas secara adil kepada semua pihak. Jadi, pada suatu ketika anda sedang berehat sambil melihat update post baru di laman media sosial anda. tanpa diduga-duga anda terjumpa update dari rakan sekerja anda yang berbunyi

'Kerja kau tahu nak mengarah je. kau ingat kau ketua kau boleh layan aku macam kuli je. bla bla bla.."

apakah tindakan anda?
mengumpulkan semua ahli biro & jawatankuasa untuk sesi 'brainwash'? jika ini yang anda akan lakukan, cuba fikirkan sejenak. Bukankah dengan tindakan anda itu secara tidak lansung anda bersetuju dengan statement daripada rakan sekerja anda? anda bersetuju bahawa betul anda menjadi seorang diktator.. Pada masa yang sama, anda menjatuhkan krediabiliti diri dan meruntuhkan rasa hormat orang lain terhadap anda kerana perbuatan anda tidak menunjukkan ciri seorang ketua yang baik, senang kata TIDAK MATANG. marah anda mudah terletus hanya kerana sebaris ayat dari mereka yang berkerja di bawah yang di'update'kan dalam laman sosial. kalau diteliti kembali statement rakan sekerja anda tadi, tidak tertulis pon nama anda disitu. jadi mengapa anda terasa? hmm..benarlah..siapa yang makan cili dia lah yang akan merasa pedas nya.

SO, WHAT SHOULD YOU DO ACTUALLY?
1. Diam. no need to comment anything on his statement or respond to him.
2. muhasabah diri. refleks lah diri sendiri. bertanyakan pada sahabat lain adakah anda telah melakukan perkara yang tidak baik tanpa anda sedar. people make mistakes all the times. orang yang bijak tidak akan mencari kesalahan orang lain, tetapi mencari kesalahan diri sendiri dan cuba untuk memperbaikinya.
3. personally jumpa la rakan sekerja tadi dan mohon maaf(walaupun bukan salah anda). berbincang lah dengan baik. berterus terang lah dari hati ke hati.

"Adapun hamba-hamba Tuhan Yang maha Pengasih itu adalah orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka(dengan kata-kata yang hina)
mereka mengucapkan salam."_surah Al-Furqan:63_

konklusinya, walau apa pun yang terjadi di sepanjang perjalanan hidup kita nanti, ingat lah semua ini adalah satu ujian. Allah datangkan "HATERS" kepada kita untuk mendidik kita agar sentiasa bersabar dan sentiasa meletakkan akal mendahului emosi. Allah juga berfiman dalam surah Al-furqan:63 yang secara kesuluruhannya mengehendaki kita merendah diri dan spread the word of PEACE.

wallahua'alam..
sama-samalah kita meningkatkan kualiti diri masing-masing.
renung-renung kan.